Thursday, October 24

Pengedar Dadah Jual Dadah Rupa Gula-Gula Jeli, Sasar Kanak-Kanak

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nampaknya industri dadah di Miami Amerika Syarikat semakin berani dan licik apabila mencipta dadah sintetik terbaru berupa gula-gula jeli bagi mengelirukan pihak penguatkuasa.

Rupanya sama seperti gula-gula jeli (gummy), berwarna warni dengan bentuk yang sama namun ia merupakan sejenis dadah menyerupai jenis flakka, pengedar dikatakan menyasarkan golongan kanak-kanak di daerah itu.

Pakar jenayah, Stephen Snipes, berkata, bahan kimia yang berbahaya itu sedang dijual secara berleluasa di luar dalam bentuk gula-gula jeli dan meminta semua ibu bapa berwaspada dan memantau apa yang dimakan oleh anak-anak mereka.

Dalam satu serbuan pihak narkotik menemui beberapa bungkusan lutsinar kedap udara yang mengandungi bahan berukuran 1 inci yang menyerupai gula-gula. Namun selepas disiasat, bahan itu adalah dadah sintetik menyerupai dadah flakka.

Dadah jenis ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik dalam badan yang kemudian menyebabkan  penagihnya berhalusinasi dan mengalami gangguan mental.

“Terdapat banyak masalah perubatan kesan dari pengambilan dadah berbahaya ini,” kata Stephen.

Dalam kes ini, dektektif narkotik berkata, dadah itu kelihatan sama seperti gula-gula jeli bersalut dengan gula membuatkan orang ramai tidak sedar dengan perbezaannya dengan gula-gula jeli yang sebenar.

Difahamkan, itu adalah kes pertama yang dikesan berlaku di daerah itu. Tetapi Flakka telah menjadi masalah yang semakin meningkat di Selatan Florida.

Contoh kesan halusinasi, euforia dialami penagih dadah jenis flakka.

Sukar untuk mengenal pasti dadah yang menyerupai gula-gula jeli itu, namun ibu bapa dinasihatkan memantau anak masing-masing dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang pelik berlaku pada mereka, dapatkan bantuan segera dari pihak hospital.

Dadah Flakka ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dopamin dan serotonin agar pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila.

Penagih yang ketagihan Flakka akan mengalami euforia yang berlebihan, denyutan jantung lebih cepat, kenaikan tekanan darah dan kelakuan berhati-hati yang terlalu berlebihan.

Lebih membimbangkan, dadah ini juga boleh menyebabkan kerosakkan otak. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply