Monday, June 17

Pengendali Bagasi Lapangan Terbang Kantoi Curi Barang Pelanggan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah sifat tidak bertanggungjawab seorang pengendali bagasi di lapangan terbang Phuket, Thailand yang menggeledah bagasi pelanggan dan mencuri sebuah speaker blootooth.

Video menunjukkan Abdullah Hayee Mayeh, 7, membuka bagasi penumpang penerbangan Jetstar Airways pada Selasa lalu di Bay 15, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ketika bagasi dimasukkan ke dalam ruangan kargo.

Saksikan video rakaman ini.

Lelaki berkenaan terpaksa mengaku melakukan perbuatan itu selepas pihak polis mengemukakan video berkenaan kepada pihak jabatan perkhidmatan awam lapangan terbang itu agar speaker itu dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Abdullah telah didakwa atas kesalahan mencuri dan dibawa ke Balai Polis Saku untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu di laman Facebook group Backpackers Buddies Malaysia, netizen menyarankan orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Mahu atau tidak, bagasi besar atau kecil, bungkuskan saja dengan plastik strap tu. Biar rugi RM10+ asalkan barang kita selamat. Paling tidak pun, kunci penutup zip dengan selak manga kecil.

“Selain itu juga, penggunaan strap ini boleh mengelak individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu memasuki barang-barang yang berbahaya seperti dadah ke dalam bagasi. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi keldai dadah,” kata netizen di laman Facebook itu. –KLICK.MY

Sumber: The Reporter

Share.

About Author

Leave A Reply