Monday, September 23

Promosi Keganasan, Budak 11 Tahun Minta Menteri Haramkan PUBG

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SEMAKIN canggih teknologi maklumat dan elektronik, semakin banyak lahirnya permainan video.

Permainan video yang semakin popular dan mendapat sambutan ramai tak lain tak bukan ialah PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.

Namun permainan ini mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir masyarakat yang menganggap ia mendatangkan kesan buruk.

Begitulah yang dirasakan oleh seorang budak lelaki apabila dia nekad menulis surat kepada kerajaan India memohon supaya PUBG diharamkan.

Menerusi surat empat muka surat itu, dia berkata PUBG banyak membawa kesan buruk.

Antaranya, ia mempromosi keganasan dan buli siber.

Dalam surat tersebut, budak berusia 11 tahun itu mendakwa PUBG banyak memaparkan elemen pembunuhan dan boleh membawa kepada ketagihan permainan video.

“Saya juga akan membuat tuntutan undang-undang sekiranya permainan ini tidak diharamkan,” tulisnya.

Surat itu ditujukan kepada tujuh individpubgu termasuk Menteri Eletronik dan IT, Ravi Shankar Prasad, Menteri Pendidikan Maharashtra, Vinod Tawde, dan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung surat berkenaan.

Permainan popular PUBG diperkenalkan oleh PUBG Corporation, Bluehole, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole.—LUBUKCERITA

Sumber: mStar Online

Share.

About Author

Leave A Reply