Thursday, April 25

Rumah Ezlynn Ariffin Dipecah Masuk Suami Sendiri?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Penyanyi Ezlynn atau nama penuhnya Azline Ariffin telah memuat naik di Instagram beberapa keping gambar keadaan rumahnya yang dikatakan telah dipecah masuk oleh seseorang.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat keadaan rumah terutamanya pintu pagar yang sudah tiada. Malah, barang-barang di dalam rumahnya juga turut hilang.

Daripada kenyataan yang ditulis, Ezlynn mendakwa suaminya Adam Fahmy bertanggungjawab melakukan semuanya itu.

“I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak aku kerja hari2 penat Cari duit kau amik semua duit aku!!

“Now barang2 semua kau amik kau rosakan Rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. aku diam kau naik kepala.. kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna ,manager tak guna.. menyesal aku kenal kau Seumur hidup aku.. hutang tak mau bayar asik bercuti je.. kerja tak mau..

“ya Allah kau perdgr kanlah hati aku ini ya Allah .. dgr kan doaku ya Allah… tidak ku halal Kan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau amik.. kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..,” tulisnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 23 Oktober untuk laporan hakam berhubung kes cerai penyanyi, Ezlynn dan suaminya.

Ezlynn yang terkenal dengan lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ dan Adam Fahmy berkahwin pada 20 November 2011. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply