Thursday, August 22

Rusia Hulur 5,000 Raifal Tempur Kepada Filipina

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

MANILA – Rusia menyerahkan sebilangan trak tentera dan ribuan raifal tempur kepada Presiden Fili­pina, Rodrigo Duterte semalam ketika kedua-dua negara meraikan hubungan ketenteraan yang lebih baik.

Duterte menerima persenjataan itu semasa melawat kapal perang Rusia, Admiral Panteleyev yang berlabuh di Manila, langkah terbaharu beliau untuk meningkatkan hubungan dengan Rusia dan China selepas mengetepikan sekutu kuat Filipina, Amerika Syarikat (AS).

Duterte kemudian menyerahkan sebahagian daripada 5,000 laras raifal Kalashnikov bersama sejumlah peluru dan 20 buah trak kepada tentera Filipina semasa lawatan tersebut.

 Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu memuji hubungan lebih baik antara Moscow dan Manila selepas menandatangani dua perjanjian bersama rakan sejawatnya, Delfin Lorenzana.

“Filipina merupakan rakan kongsi Rusia di Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik secara amnya,” Kementerian Pertahanan Rusia memetik beliau sebagai berkata sambil menambah, lawatan ke Fili­pina itu adalah yang pertama oleh Menteri Pertahanan Rusia.

Sejak beberapa dekad lalu, negara Asia Tenggara itu menjadi sekutu kuat AS dalam aspek ketenteraan.

Namun, Duterte, 72, meminggirkan perikatan berusia 70 tahun itu selepas berang dengan kritikan Washington terhadap perang dadahnya yang meragut ribuan nyawa di Filipina. – AFP

Share.

About Author

Leave A Reply