Monday, June 17

Sharnaaz Ahmad Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Melahirkan Anak Sulung

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

TIADA yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan anak sulung dalam rumah tangga.

Gelaran ibu dan bapa kini boleh dipakai setelah zuriat yang ditunggu-tunggu akhirnya melihat dunia.

Begitulah perasaan gembira yang turut dirasai oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila yang baru menerima cahaya mata pertama mereka semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Sharnaaz di Instagram dengan memuat naik sekeping foto melihatkan dia sebagai bapa seperti sedang azan di telinga anaknya.

Namun, Sharnaaz tidak memberitahu secara terperinci tentang jantina dan nama anaknya lagi. Cuma, tertera tanda pagar nama ‘baby J’ sahaja.

“Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Kuasa. Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila,” tulis Sharnaaz.

Di kesempatan itu juga Sharnaaz turut berterima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan kesejahteraan buat mereka.

“Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan.

“Maaf saya tak mampu balas semua mesej-mesej semua. Alhamdulillah baby sihat dan mommy pun sihat,” luahnya.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahu lalu. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply