Wednesday, July 24

Shiha Zikir Lancar Single Terbaru & Dilantik Duta Airish London

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Penyanyi Shiha Zikir yang terkenal di Indonesia selepas memenangi tempat ketiga rancangan reality D’Academy Asia tahun lalu semalam melancarkan single terbarunya berjudul Jagakan Dia.

Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh composer dan penyanyi Ippo Hafiz buat Shiha dengan menyelami makna cinta dari sudut lebih luas, tidak sekadar kasih sayang antara kekasih.

Menurut Shiha, single itu sangat dekat di hatinya, didedikasikan buat ibu tercinta yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang serta buat arwah bapanya yang dikasihi.

“Jagakan dia disifatkan karya yang personal buat saya, ini pengalaman pertama kali menerbitkan lagu sendiri di bawah syarikat SZ Entertainment (Shiha Zikir Entertainment)”

“Istimewanya mengenai lagu ini adalah lirik dan melodinya, ia mengisahkan insan yang kita kasihi dan bersama kita saat susah dan senang

“Saya dedikasikan lagu ini khusus buat emak yang bersama saya sejak dulu sampai sekarang, juga untuk arwah abah yang sudah lama pergi, namun kasih sayang saya terhadapnya seinci pun tak pernah berkurang,’’ ujar Shiha.

Lagu berkenaan dirakam Julai lalu hasil kerjasama LMA Talent House Sdn. Bhd serta Airish London yang terbabit dalam pelaksanaan muzik video Jagakan Dia.

Majlis berkenaan telah diperkenankan oleh YAM Tengku Dato’ Seri Kamarulzaman Ibni ALmarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj, adinda Sultan Pahang bertempat di The Royalr Chulan Hotel di ibu kota.

Muzik video lagu itu dilakonkan oleh pelakon terkenal Saharul Ridzwan sebagai watak utama selain Shiha sendiri manakala jalan cerita diinspirasikan dari kisah masyarakat.

Tonton muzik video Jagakan Dia di sini.

Pada majlis yang sama, Shiha turut diumunkan sebagai duta bagi produk kecantikan dan kosmetik tempatan yang beribu pejabat di London, Airish London.

Presiden Airish London Global, Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali perlantikan Shiha selaku duta terbaru produk mereka bakal mengukuhkan lagi jenama antarabangsa itu di rantau Asia Tenggara.

Pemilihan Shiha dibuat berdasarkan bakat dan personaliti yang menarik, perwatakan bersahaja, keperibadian dan pekerti baik serta gaya hidup wanita moden. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply