Thursday, August 22

Suu Kyi Lawat Kawasan Etnik Rohingya Disembelih

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SETELAH sekian lama dikritik kerana menikus terhadap isu kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya di Rakhine, Aung San Suu Kyi akhirnya melakukan kunjungan pertama ke wilayah bergolak berkenaan pada Khamis.

Menurut laporan AFP jurucakap pemerintah Zaw Htay mengesahkan bahawa Suu Kyi kini berada di Sittwe, ibu negeri Rakhine sebelum meneruskan rangka lawatannya ke Maungdaw dan Buthiduang dalam masa sehari.

Walau bagaimanapun masih belum jelas sama ada Suu Kyi akan mengunjungi kawasan kediaman Rohingya yang telah dimusnahkan tentera Myanmar, atau bakal menjenguk kelompok mangsa yang tinggal.

Ribuan etnik Rohingya yang terpaksa melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar kini sedang berada di sepanjang pantai dekat Maungdaw, menanti untuk menumpang kapal ke Bangladesh.

Pasukan penyelamat yang berpeluang meninjau keadaan mereka menyatakan bantuan makanan amat diperlukan sementara terdapat risiko wabak penyakit yang tinggi.

Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan dunia, dikecam komuniti antarabangsa apabila tidak menentang kekejaman tentera yang bertindak memusnahkan kampung, memperkosa, membunuh dan membakar rumah-rumah etnik Rohingya bagi menghalau mereka dari bumi Myanmar.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan jenayah yang dilakukanĀ  merupakan pembersihan etnik secara terang terangan. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply