Thursday, August 22

Tahniah, Amyra Rosli Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tahniah buat pelakon Amyra Rosli dan suami, Amar Bahari kerana telah menimang cahaya mata tengahari semalam.

Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi memberitahu Amyra bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

“Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

“Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya kepada mStar Online.

Noor Zaridah atau lebih mesra dengan sapaan Kak Noor berkata, suami Amyra iaitu pelakon Amar Baharin paling gembira dengan kehadiran bayi mereka dan kini sedang sibuk menguruskan keperluan isteri dan anak mereka.

Ditanya mengenai nama cucunya, Kak Noor berkata, dia membiarkan Amar dan Amyra yang membuat pengumuman mengenai perkara itu nanti.

Sementara itu, Amyra menerusi Instagram turut memuat naik gambar anaknya selain berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan dirinya dan kelurga.

 

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. –KLICK.MY

 

Share.

About Author

Leave A Reply