Wednesday, December 11

Tahniah, Jovian Mandagie Terima Cahaya Mata Pertama

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wah, baru-baru ni pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dikurniakan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk dan semalam pula dikurniakan cahaya mata!

Bertuah sungguh Jovian dan isteri, Nina Sabrina.

Nina yang juga kakak kepada Dafi AF melahirkan bayi perempuan semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh Jovian di Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar momen-momen bahagia itu.

Menurut Jovian, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.37 kilogram dan kedua-duanya dalam keadaan sihat.

Jovian turut berterima kasih kepada isteri kerana melahirkan zuriat buatnya. Semoga pasangan ini terus bahagia dan selamat berpantang buat Nina. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply