Monday, December 9

Tak Tahan Dipaksa Seks Ketika Mabuk, Isteri Kerat Kemaluan Suami

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tidak tahan seringkali dipaksa melakukan seks oleh suami yang sedang mabuk, seorang wanita di India nekad memotong kemaluan suaminya ketika lelaki itu cuba merogolnya di depan anak mereka.

Menurut laporan Daily Mail, wanita yang namanya tidak didedahkan itu memberikan keterangan kepada polis yang suaminya R. Ravinder, 40, pulang ke rumah pada waktu tengahari dalam keadaan mabuk dan merabanya.

“Dia mengaku telah mengambil pisau dapur dan lalu memotong kemaluan suaminya,” kata pegawai penyiasat di Sirisedu.

Ravinder kini dilaporkan berada di hospital dan keadaannya semakin pulih. Tetapi media tempatan tidak melaporkan sama ada pakar pembedahan berjaya menyambung semula kemaluannya atau sebaliknya.

Menurut ketua polis tempatan, “Insiden itu berlaku apabila Ravinder meraba isterinya selepas pulang dalam keadaan mabuk. Menurut jiran-jiran yang mengenali mereka berkata, pasangan berkenaan seringkali bergaduh apabila Ravinder pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Tidak tahan diperlakukan seperti itu, si isteri kemudian mengambil pisau lalu memotong kemaluan suaminya. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 atas cubaan membunuh,” katanya.

Dia bagaimanapun bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan cubaan membunuh suaminya.

Bagaimanapun wanita terbabit menegaskan bahawa dia tidak bersalah dan apa yang dilakukannya itu adalah tindakan untuk mempertahankan diri.

Malah katanya, suaminya seringkali melakukan gangguan seksual (tanpa kerelaan) setiap kali lelaki itu mabuk.

Apabila lelaki itu cuba merogolnya di hadapan anak mereka, dia menjadi marah dan ketakutan lalu menyebabkan dia terpaksa mengambil tindakan untuk menghentikan perbuatan suaminya itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa akan mendakwa lelaki itu di atas tuduhan cuba merogol isterinya sendiri. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply