Monday, June 17

Taksub Drama Titian Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Teman Wanita

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Drama popular Titian Cinta dibintangi hero terkenal Zul Ariffin dan pasangannya Farah Nabila yang menjadi kegilaan peminat drama tempatan baru melabuhkan tirai semalam.

Menurut akhbar Kosmo, akibat taksub dengan drama adaptasi dari novel Titian Cinta itu, seorang lelaki telah bertindak melulu dan nekad menembak suami kepada kekasihnya hingga mati.

Lelaki berkenaan dikatakan terikut dengan plot drama adaptasi novel berkenaan yang mempunyai persamaan dengan kisah cintanya yang mencintai isteri orang.

Suspek didakwa menembak mati suami kekasihnya menggunakan senapang patah buatan sendiri di Felada Keratong 2, Rompin Pahang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, difahamkan suspek, seorang pembantu kedai makan, bertindak menembak mangsa berusia 32 tahun yang merupakan pekerja sebuah kedai cuci kereta dari jarak lima meter ekoran ingin membuktikan cintanya kepada isteri mangsa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dan isteri, kedua-duanya warga Indonesia dipercayai telah berkahwin sejak dua tahun lalu, namun sedang mengalami keretakan rumah tangga.

“Difahamkan suspek lelaki warga tempatan bekerja di kedai yang sama dengan isteri mangsa dan menjalinkan hubungan sulit.

Suspek dipercayai bertemu dengan mangsa untuk berbincang supaya tidak membawa pulang isterinya ke Aceh, Indonesia.

“Mangsa yang dikenali dengan nama Zubir mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari 25 Oktober lalu selepas 12 jam mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar semalam.

Drama televisyen dihasilkan supaya menjadi iktibar namun ada pula individu yang mengambil panduan yang salah daripada karya tersebut.

Semoga masyarakat di luar sana berfikir lebih jauh sebelum melakukan perbuatan sia-sia, ambillah pengajaran yang baik dan bukan tauladan yang tidak baik. –KLICK.MY

Sumber: Kosmo

Share.

About Author

Leave A Reply