Sunday, November 17

Terima Balasan, Pembunuh Kucing Dobi Layan Diri Dijel Dua Tahun!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

PADA September tahun lalu, tular di media sosial gambar dan video menunjukkan tiga orang lelaki membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak Selangor.

Berkaitan: Tidak Berperikemanusiaan! 2 Lelaki Bunuh Kucing Guna Mesin Pengering Dobi

Bangkai kucing tersebut dijumpai oleh pelanggan lain dalam keadaan berdarah akibat melecur.

Akibat penularan gambar dan video tersebut, ketiga-tiga yang terlibat, A Mohanraj, juruteknik, SS Satthiya, 26, dan pekerja kontrak, K Ganesh, 41, telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah.

Mereka didakwa mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terkini, salah seorang daripada mereka iaitu A Mohanraj telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang atas kesalahan tersebut.

Satthiya bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan, manakala Ganesh mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 14 September tahun lalu. –LUBUKCERITA

Sumber: Harian Metro Online

 

Share.

About Author

Leave A Reply