Thursday, August 22

Terlajak Hantar Mesej WhatsApp? Anda Ada 7 Minit Untuk Delete!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

WHATSAPP kini dilengkapi fungsi baru yang sudah lama dinantikan pengguna iaitu kebenaran memadam mesej yang telahpun dikirim.

WhatsApp ‘Delete for Everyone’ kini boleh digunakan kesemua pengguna aplikasi ini, selepas ianya dikatakan hanya berkesan untuk sesetengah pengguna sahaja sebelum ini. Fungsi pemadaman ini tidak hanya untuk mesej yang dihantar kepada individu sahaja malah dalam kumpulan WhatsApp dan terbuka di kesemua platform termasuk Android, iPhone dan Windows.

WhatsApp telah memperkenalkan banyak fungsi baharu aplikasi mereka pada tahun ini namun kebenaran memadam mesej yang telah dihantar ini, dianggap perubahan fungsi terbesar pernah dibuat selepas memperkenalkan ‘blue ticks’.

Fungsi ‘Delete for Everyone’ boleh digunakan apabila pengguna terhantar mesej pada pengguna yang silap atau terdapat kesalahan pada mesej yang telah dihantar. Selepas dipadam mesej pada skrin penerima akan diganti dengan paparan “This message was deleted”.

Cara Menggunakan WhatsApp ‘Delete for Everyone’

  • Pastikan anda telah memuatnaik versi terkini WhatsApp. Penerima yang ingin dipadamkan mesej pada telefon bimbitnya juga, mesti telah memuatnaik versi baru yang mengandungi fungsi Delete for Everyone.
  • Pilih mesej yang ingin dipadam
  • Tekan ‘delete’ atau ikon ‘tong sampah’ yang tertera pada skrin
  • Kotak dialog akan mempamerkan opsyen baru ‘Delete for Everyone’

Sebaik sahaja anda memilih kotak dialog ‘Delete for Everyone’ mesej yang telah dihantar akan diganti dengan “You deleted this message”.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya untuk mereka yang tersedar bahawa mereka telah silap menghantar mesej dan segera memadamnya dalam masa tidak melebihi 7 minit selepas mesej dihantar. Selepas 7 minit berlalu maka tidak ada lagi cara untuk memadam mesej yang telah terlajak dihantar!

Share.

About Author

Leave A Reply