Sunday, November 17

“Tiada Gadis ‘Hot’ Seperti Lisa”-Pemuda Bercinta Dengan Lipas

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BENARLAH cinta itu buta. Ini dibuktikan oleh seorang pemuda bernama Yuma Shinohara apabila mengaku sedang bercinta dengan seekor lipas bernama Lisa.

Hubungannya dengan Lisa sudah menjangkau setahun. Menurut Yuma yang berusia 25 tahun, serangga tersebut adalah cinta pertamanya.

Katanya, hubungan itu bersifat platonik apabila mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama, sama ada dia bersaiz sekecil Lisa atau Lisa bersaiz manusia.

Yuma turut memberitahu tiada gadis lain yang ‘hot’ seperti Lisa, dan dia dan pasangannya itu begitu serius antra satu sama lain ‘100 peratus’.

Malah selepas Lisa mati, Yuma bertindak untuk memakannya.

Menerusi video temu ramah bersama Asian Boss, Yuma berkata, dia membeli Lisa yang merupakan seekor lipas ternakan dari Afrika.

Dia percaya mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Malah, Yuma turut memberitahu dia adalah seorang entomophagist, dan ia merupakan satu kelaziman untuk dia memakan Lisa sebaik haiwan itu mati. –LUBUKCERITA

Sumber: mStar Online

Share.

About Author

Leave A Reply