Thursday, August 22

Tiga Beradik Terkejut Temui Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BAYANGKAN ketika anda sedang asyik berjalan di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam, tiba-tiba terserempak dengan bangkai seekor sotong gergasi yang jauh lebih besar daripada anda!

Sudah pasti anda terkejut kerana bukan selalu dapat melihat sotong gergasi waima bangkai sekalipun.

Hidupan laut dalam ini merupakan makanan utama paus sperma. Tiga orang adik-beradik boleh dikatakan bertuah kerana terserempak dengan bangkai sotong ini.

Pada mulanya mereka terkejut apabila melihat bangkai sotong gergasi yang berukuran 4.2 meter itu terdampar di pantai di Wellington.

Ketika itu, Daniel, Jack dan Matthew Aplin selesai melakukan aktiviti menyelam sebelum menyedari adanya satu objek di tepi pantai berhampiran Red Rocks.

“Kami tidak sangka rupa-rupanya ia seekor sotong gergasi dengan sesungut yang panjang.

“Pertama kali kami melihat sotong sebesar ini,” kata Jack.

Tiga beradik ini kemudiannya menghubungi Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) kerana percaya haiwan marin itu merupakan sejenis sotong luar biasa.

Sementara itu, jurucakap agensi berkenaan menyifatkan penemuan tersebut suatu yang pelik kerana ia merupakan sejenis spesies sotong gergasi yang jarang ditemui.

Bagaimanapun, pihaknya akan melakukan penyelidikan lanjut bagi memastikan spesies sebenar haiwan krustasia tersebut. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply