Wednesday, July 24

Tindakan Undang-Undang Diambil Jika Terus Berpanjangan-Syafiq

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

AKHIRNYA pelakon Syafiq Kyle tampil membuat kenyataan terhadap kontroversi video beraksi lucah yang mengaitkan dirinya selepas ia tular sejak Ahad lalu.

Pelakon drama Nur itu memberitahu dia kini sedang mengenal pasti jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Disamping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kesulitan ini dapat dimuktamadkan dengan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Syafiq juga berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika isu itu terus berpanjangan.

Sementara itu, Syafiq turut menafikan paparan skrin perbualan mesej peribadi antara dia dan seorang lelaki yang menjadi tular malam Isnin.

Katanya, paparan skrin itu disunting oleh individu tidak bertanggungjawab dan menggunakan foto lelaki berasal dari Filipina.

“Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan sekadar mahu menangguk di air yang keruh.

“Screenshoot tersebut disunting oleh individu tidak bertanggungjawab, ingin saya tegaskan perkara itu tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syafik turut mengakui kejadian yang berlaku ini adalah pengajaran terbaik yang akan mematangkan dirinya pada masa akan datang.

Malah, dia memohon maaf jika tidak dapat dihubungi kerana perlu menyelesaikan kesulitan ini secara cermat dan berhati-hati. –LUBUKCERITA

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply