Wednesday, July 24

Tujuh Alasan Suhaimi Saad Tak Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Kecaman Netizen

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BARU-BARU ini bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad yang juga suami kepada Ina Naim berkongsi di media sosial alasan-alasan kenapa dia memilih tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Perkongsian itu mengundang kecaman ramai dan menganggap penyanyi itu menzalimi anak-anaknya.

Sebelum ini, Suhaimi pernah berdepan dengan kecaman sebegitu apabila dia bertindak membuang ubat dan enggan mengambil suntikan vaksin untuk anak-anaknya.

Berkaitan: Buang Ubat Kerajaan Dalam Tong Sampah, Suhaimi Saad Dikecam

Namun, menurut Suhaimi, perkongsian itu adalah iktibar daripada kisah hidupnya sendiri.

Dia menegaskan, perkongsian tersebut bukan atas tujuan menghasut atau memburuk-burukkan mana-mana pihak.

“Bukan berniat untuk mengecam, memburuk burukkan atau menghasut orang lain. Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi,” tulisnya menerusi Facebook peribadinya baru-baru ini.

Dalam entri sama, Suhaimi memberikan tujuh sebab konkrit punca dia tidak menghantar anak-anaknya bersekolah.

  1. Sistem Pendidikan

“Sejujurnya, saya tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf).

“Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.

“Saya juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak saya memahami dan mengamalkan Islam dengan baik.”

  1. Tanggungjawab

“Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Bukan guru, bukan sekolah. Sekolah itu platform, guru hanya pembantu.”

  1. Kos

“Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, saya tidak fikir saya perlu buang duit untuk tol, minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. Saya pun bukan orang kaya.

“Jadi di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti, di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real.”

  1. Masa

“Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya, menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. Saya tidak suka situasi itu, saya pilih untuk mengelak.

“Tapi kalau tiada pilihan, anggaplah itu sebagai pengorbanan. Kita sama sama berkorban.”

  1. Kasih Sayang

“Inilah part yang paling touching. Saya percaya bahawa saya akan mati.

“Apa pun kata orang, demi Allah saya juga sayang pada isteri dan anak-anak saya. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup.”

  1. Cara Kerja

“jadi cara kerja penyanyi ni, tak sama macam cikgu, macam kerja kilang atau kerja pejabat.

“Waktu kerja pun tak menentu, cuti pun tak tentu.

“Kadang kadang out station 3 hari, 5 hari. So saya pilih untuk teruskan kerja ni sebab saya percaya, inilah rezeki dan minat saya.

“Kerja ni tak memudahkan untuk saya hantar dan ambil anak di sekolah.

“Saya lebih faham keluarga dan kerja saya jadi tak perlu susun aturkan. Terima kasih.”

  1. Hadis Akhir Zaman

“Saya pilih untuk ‘ikat’ anak-anak dan isteri di rumah.

“Semoga Allah selamatkan kami daripada tipu daya Dajjal.

“Setelah usaha ini, saya serahkan seluruh hidup dan mati saya dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.

“Pada hemat saya, kalian tidak mampu buat sepertimana yang saya buat.

“Tapi sebagai muslim, doakanlah yang baik baik, usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan reda,” tulisnya.

Suhaimi yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim telah dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Mereka kini menetap di Kelantan–LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply