Wednesday, December 11

Ubah Diri Jadi ‘Naga’ Kerana Tak Mahu Mati Sebagai Manusia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SEORANG mak nyah atau pondan yang dijangkiti virus HIV sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit semata-mata mahu mengubah dirinya menjadi ‘seekor naga’.

Menurut Eva Tiamat Medusa yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat dia sanggup melakukan transformasi itu kerana kononnya, tidak mahu mati sebagai manusia.

1998… Ketika ini masih belum membuat sebarang transformasi.

Difahamkan, Eva telah membelanjakan hampir RM230,000 bagi kos ‘mencacatkan’ wajahnya.

Selain mencacah tatu pada wajah dan seluruh badan Eva turut membuang kedua belah cuping telinganya.

Pondan berusia 53 tahun ini turut menanam lapan tanduk kecil di dahinya.

“Saya ada dua ibu yang melahirkan saya dan satu lagi seekor ular.

“Disebabkan itu saya nekad menjadi naga. Jadi saya tidak kisah membuang cuping telinga, menanam tanduk di dahi dan membelah lidah.

“Apa yang penting hati gembira. Saya tidak perlu fikir dan layan tanggapan orang lain,” katanya.

Tambah Eva, dia akan melakukan lebih banyak pembedahan pada masa hadapan bagi melengkapkan transformasinya untuk menjadi naga.

Dah gila agaknya. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply