Monday, June 17

Vellfire Milik Nabil Hilang Namun Tetap Kendali GV4 Penuh Keceriaan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Semalam telah berlangsungnya konsert pengenalan atau minggu pertama pertandingan Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Sudah pastinya rancangan tersebut diacarakan oleh pelawak terkenal, Nabil Ahmad  dan Jihan Muse. Seperti biasa tanpa mereka berdua, pasti GV4 akan sunyi tanpa usik-mengusik pengacaranya.

Namun, dalam usik-mengusik rupa-rupanya Nabil telah mengalami musibah di mana kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih miliknya hilang kira-kira jam 2.30 petang semalam iaitu beberapa jam sebelum dia bersiaran.

Rata-rata netizen kagum dengan Nabil kerana bersikap profesional hingga ramai yang tidak tahu musibah yang menimpanya sebelum itu.

Bercerita mengenai kejadian tersebut, menurut Nabil, dia terkejut apabila mendapati kereta miliknya itu sudah tiada di tempat letak kereta ketika menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya, Nayra Mikayla.

“Kereta saya hilang di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang. Sebaik sahaja saya mahu ke tempat letak kereta pada jam 2.30 petang, saya terkejut mendapati kereta saya sudah tiada.

“Ingatkan tersalah letak namun selepas puas mencari baru saya pasti telah hilang. Selepas itu saya terus membuat laporan di balai polis TTDI,” ceritanya.

Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply