Thursday, April 25

Vladimir Putin Ketawa, Menteri Cadang Eksport Babi Ke Indonesia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mungkin cadangan Menteri Pertanian negara Russia, Alexander Tkachev untuk mengeksport babi ke Indonesia satu cadangan yang tidak masuk akal sehingga mengundang tawa daripada Presiden, Vladimir Putin.

Video yang memaparkan insiden lucu itu menjadi tular di laman sosial sejak semalam. Video tersebut menunjukkan Tkachev memberi cadangan tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara.

Cadangan itu dibuat sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet kelmarin dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam.

Menurut laporan portal berita Al-Arabiya pada Ahad, hal tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.

Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi.

“Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi”, Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Putin.

Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.

Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’. –KLICK.MY

Foto & Video: Youtube

Share.

About Author

Leave A Reply