Monday, June 17

Wanita Main Telefon, Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Sup

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sungguh jijik dan pengotor perangai seorang wanita yang sanggup menyuruh anak lelakinya kencing di dalam mangkuk plastik berwarna biru di sebuah restoran hanya kerana dia sibuk menghadap telefon bimbit.

Sikap buruknya itu dilihat oleh pelanggan lain di restoran dim sum yang terus menegur perbuatannya itu dan ini respon wanita berkenaan,

“Tak kisahlah sebab mereka (restoran) akan tetap cuci mangkuk itu nanti”, katanya.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sebelum itu telah meminta si ibu membawa dia ke tandas beberapa kali. Malangnya wanita terbabit enggan berbuat demikian.

Sebaliknya, dia meminta anaknya kencing dalam mangkuk yang telah mereka gunakan, sementara dia bermain dengan telefonnya tanpa menghiraukan kanak-kanak itu.

Seorang kakitangan premis tersebut yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun berkata, ini kali pertama dia berjumpa dengan sikap pelanggan begitu dan dia tak faham apa yang difikirkan wanita itu.

Bagi menangani insiden itu, pihak restoran mengambil keputusan untuk membuang segala pinggan mangkuk yang digunakan pada hari itu.

“Kami benar-benar tidak faham kenapa dia tak bawa saja anaknya ke tandas. Sedangkan premis kami menyediakan tandas untuk pelanggan di setiap tingkat.

Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik sikap tidak bertanggungjawab si ibu dan bimbang jika perangai buruk wanita itu akan diwarisi oleh anaknya kelak.

“Pihak restoran patut senarai hitamkan wanita itu kerana disebabkan orang seperti dialah sesetengah restoran tidak membenarkan anak-anak kecil masuk ke restoran,” kata netizen. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply