Wednesday, December 11

Wawa Zainal Bimbang Anak Sulungnya Belum Boleh Bercakap

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ibu manalah yang tidak bimbang sekiranya melihat perkembangan anak yang disayangi seperti ada masalah.

Begitulah yang dihadapi oleh isteri kepada Aeril Zafrel, Wawa Zainal apabila anak sulungnya yang berusia empat tahun tidak boleh bercakap.

Wawa memuat naik gambar anaknya itu di Instagram dengan kapsyen bertujuan berkongsi pengalaman dengan para ibu yang mempunyai masalah sama.

Menurut Wawa, anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar hanya boleh menyebut empat perkataan sahaja.

Justeru, rata-rata pengikutnya di Instagram berkongsi pengalaman dan memberi petua untuk menangani masalah tersebut.

Semoga dengan petua yang diberikan, Wawa dapat menangani masalah yang dihadapi oleh anaknya itu. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply